![]() |
Apa PENTINGNYA Ka’bah Dan MENGAPA Umat Islam Mengelili Ka’bah? Jawapan Balas Dari Dr Zakir Naik Ini MENGGEMPARKAN Umat Islam Di Malaysia !!! |
Dr. Zakir Naik adalah nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia.
Beliau terkenal sebagai seorang pakar dalam bidang perbandingan agama
diperingkat antarabangsa.
Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat
mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis
yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible,
kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum
ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar
belakang agama.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal
dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan
jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan
secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudah pun memberikan lebih daripada 1000
ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada,
United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar,
Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia,
Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi
termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.
Di dalam setiap ceramahnya sudah pasti banyak persoalan-persoalan
diajukan kepadanya. Apa yang menarik kali ini penulis ingin berkongsikan
dengan pembaca semua mengenai persoalan “Mengapa Umat Islam
mengelilingi Ka’bah? Mari kita lihat jawapan dari Dr.Zakir Naik ini.

Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri oleh ribuan orang dan disiarkan
di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik, mengapa umat
Islam mengelilingi ka’bah ketika haji dan umrah. Apakah ada alasan
ilmiah dan logik disebaliknya?
Saya ingin mengetahui tentang Ka’bah. Maksud saya, apa penjelasan secara
kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka’bah? Dan mengapa umat Islam
mengelilingi Ka’bah?”
Jawapan Dr. Zakir Naik Mengapa Muslim Mengelilingi Kabah
Saudara ini bertanya dengan bagus.
Apa pentingnya Ka’bah menurut kajian keilmuan dan logik? Dan mengapa umat Islam mengelili Ka’bah?
Ramai orang bukan Islam beranggapan bahawa umat Islam menyembah Ka’bah.
Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan memberikan jawapan
secara ilmiah.
Saya akan satukan bersama. Menjawab soalan saudara dan menjawab orang bukan Islam lainnya atas kesalahfahaman ini.
Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur’an:
وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
“Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)
Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai arah. Sebagai
contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap
selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat.
Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada
satu arah Ka’bah.
Jadi Ka’bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Ka’bah.
Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah muslim yang membuat
itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta dunia,
bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di atas dan
kutub utara ada di bawah dan Ka’bah berada di tengah-tengah.
Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan peta) dan
mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Ka’bah
masih tetap berada di tengah-tengah.
Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu berada di
utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke
barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di
selatan menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu
arah iaitu Ka’bah dan Ka’bah adalah kiblat.

Sekarang, ketika kamu pergi umrah, ketika pergi haji, kita melakukan
tawaf mengelilingi Ka’bah. Kita berjalan mengelilingi ka’bah. Kenapa
kami berjalan mengelilingi Ka’bah? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan
Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu.
Kamu bertanya, apa alasan logiknya? Ini tidak disebutkan dalam Quran dan
hadis. Jika aku adalah orang yang berakal mahu berfikir, kenapa kami
berjalan mengelilinginya? Alasan yang boleh aku fikirkan adalah setiap
lingkaran hanya punya satu titik tengah. Kita berjalan mengelilingi
Ka’bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
Kerana lingkaran hanya punya satu titik tengah tidak akan ada dua titik
tengah. Jika kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk membuktikan
bahawa hanya ada satu Tuhan.
Dan pernyataan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu ketika mencium Hajar
Aswad yang ada di Ka’bah, “Hajar aswad ini hanyalah batu yang tidak bisa
memberikan kebaikan dan keburukan. Aku menciumnya kerana melihat Nabi
menciumnya.” Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka’bah.
Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan azan di atas Ka’bah.
Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri di atasnya.
Jadi Ka’bah adalah kiblat, hanya arah. Bukan disembah.
CAR,FOREX,DOMAIN,SEO,HEALTH,HOME DESIGN

