Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Apabila 7 Rombongan "IBLIS" datang Ketika Sakaratul Maut.. Apa yang terjadi ketika itu.. |
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan
minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul
maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang
tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu
nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan
diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular
dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut
itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan
melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu
dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati
dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan
Munafik dan
ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam
sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi
minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati
itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia
minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba
(judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan
ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu
meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba
itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa
kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci
oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka
orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah
maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan
nerakalah tempatnya.
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang
hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja
makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa
engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya
kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam
syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir
lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam
keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal
kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang
membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah
sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya
kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan
bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka
hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu
datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini
kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam
keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang
sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis:
“Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru
sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu
hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan
dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi
tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang
yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai
akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai
yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun
dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari
langit dan bumi.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa
umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja
yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana
sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak
Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia
sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang
hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk
menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha
bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu
(orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha
Illallah.”
CAR,FOREX,DOMAIN,SEO,HEALTH,HOME DESIGN